Ditahan miliki pistol tiruan
PULAU PINANG 24 Okt. - Seorang pemilik kedai menjual aksesori dan pakaian ala 'combat' di Seberang Perai Tengah (SPT) ditahan kerana memiliki senjata api tiruan tanpa lesen, Isnin lalu.
Serbuan kira-kira pukul 4.40 petang dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, diketuai Asisten Supritendan Mohd. Sauti Harun berjaya membongkar rahsia kedai itu yang sudah beroperasi lebih dua tahun.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu diberkas dalam kedainya ketika menjalankan perniagaan.
Katanya, polis percaya suspek mendapat bekalan dari luar negara melalui pembelian secara dalam talian sebelum menjual senjata tersebut di kedainya.
"Dalam serbuan itu juga, polis merampas lapan pucuk pistol tiruan, dua laras senjata api tiruan, dua kelopak peluru tiruan, tiga peket bebola plastik yang digunakan sebagai peluru pistol, kelopak peluru pelbagai model dan komponen serta peralatan yang berkaitan dengan senjata tiruan.
"Setiap senjata api yang dijual di kedai itu berharga dari RM900 hingga RM3,000 mengikut jenis pistol serta peralatan yang dibeli pelanggan," katanya dalam sidang akhbar di IPK di sini hari ini.
Menurut Mazlan, polis akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti sama ada senjata api dijual kepada sesetengah sindiket bagi tujuan jenayah.
Katanya, hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis ganja dan suspek kini ditahan reman sehingga 5 November ini untuk siasatan lanjut.
Menurutnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya kerana memiliki pistol.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121025/je_04/Ditahan-miliki-pistol-tiruan#ixzz2AWgyrHXh
© Utusan Melayu (M) Bhd
Pelajar mati ditumbuk
ALOR GAJAH 24 Okt. - Perang mulut yang tercetus antara dua pelajar sekolah berakhir dengan salah seorang daripada mereka mati akibat ditumbuk dalam pergaduhan di Perhentian Bas Pulau Sebang di sini hari ini.
Dalam kejadian pukul 2.30 petang itu, mangsa, K. Saravanan, 14, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Sebang maut selepas ditumbuk beberapa kali sebelum terjatuh dan tidak sedarkan diri.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, pergaduhan itu berpunca daripada perang mulut yang berlaku awal pagi ini ketika kedua-dua mereka menaiki bas untuk ke sekolah.
Dua suspek yang juga berusia 14 tahun merupakan pelajar di SMK Sultan Mansor Shah yang terletak bersebelahan sekolah mangsa.
Perang mulut itu bagaimanapun berlarutan sehingga tamat waktu sekolah apabila ketiga-tiga pelajar terbabit menunggu bas di tingkat satu perhentian bas itu.
Berlaku pertelingkahan dan cabar mencabar antara satu sama lain dan ketika itu mangsa ditumbuk oleh suspek pertama sebelum seorang lagi suspek turut melakukan perbuatan serupa," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini lewat petang ini.
Kes Rayuan Dua Anggota Polis Dalam Pembunuhan Altantuya Ditangguh
PUTRAJAYA, 25 Okt -- Pendengaran kes rayuan dua bekas komando Unit Tindakan Khas (UTK) yang dihukum mati atas pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006, ditangguhkan.
Sebelum ini tarikh pendengaran kes rayuan, yang dijadual didengar pada Ogos lalu, telah ditangguh pada 31 Okt dan 1 Nov oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan N. Kanageswari pada Julai lepas.
Pendaftar Mahkamah Rayuan serta peguam Datuk Hazman Ahmad, yang mewakili Cif Inspektor Azilah Hadri dan peguam bersama Kitson Foong bagi Koperal Sirul Azhar Umar, mengesahkan tarikh pendengaran kes itu dikosongkan. Bagaimanapun, tiada tarikh baru ditetapkan.
Hazman, ketika dihubungi, berkata kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan memerlukan lebih masa untuk meneliti rekod rayuan yang mengandungi 65 jilid.
Sementara itu, Foong, ketika dihubungi, berkata kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan telah membuat permohonan untuk menangguhkan pendengaran kes itu.
Azilah, 34 dan Sirul Azhar, 39, disabit dan dikenakan hukuman mati oleh oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 kerana membunuh model sambilan itu ketika berusia 28 tahun.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu itu antara pukul 10 malam, 19 Okt dan 1 pagi, 20 Okt 2006 di antara Lot 12843 dan Lot 16735, Mukim Bukit Raja, Klang, dekat sini.
Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 50, yang didakwa bersubahat membunuh wanita Mongolia iti dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Okt, 2008, selepas pendakwa gagal membukti kes prima facie terhadapnya.
Pemuda maut ditikam selepas ejek-mengejek di kedai makan
2012/10/26 - 16:30:33 PM Cetak Emel Kawan
SHAH ALAM: Seorang pemuda maut akibat ditikam di perut manakala abangnya cedera parah dipukul dalam satu pergaduhan di sebuah kedai makan di Jalan Sungai Jati, Taman Sentosa, Klang, malam tadi.
Mangsa G Yogeswaran, 26, dan abangnya G Navindran, 25, sebelum itu dipercayai saling ejek-mengejek dan berperang mulut dengan empat lagi rakan mereka ketika masing-masing sedang minum di kedai berkenaan. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, pergaduhan berkenaan berlaku kira-kira jam 11 malam di mana pada waktu itu mangsa dan suspek dipercayai berada dalam keadaan mabuk.
"Kejadian itu bermula dengan perbuatan ejek-mengejek dan ia berlarutan dengan pergaduhan. Berikutan daripada itu Yogeswaran ditikam dengan botol kaca di bahagian perut sementara abangnya cedera di badan akibat dipukul dengan kayu," katanya.
Melihat kecederaan yang dialami dua beradik itu, rakan-rakan mereka kemudiannya bertindak melarikan diri.
"Orang awam yang melihat kejadian itu menghubungi pihak hospital dan kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk menerima rawatan," katanya.
Mohamad berkata, Yogeswaran bagaimanapun disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.
"Susulan itu, pihak hospital kemudian memaklumkan kejadian ini kepada polis kira-kira jam 1 pagi tadi dan sejurus menerima laporan, anggota kita sudah bertindak memberkas dua lelaki berusia 47 dan 25 yang disyaki terbabit dalam kes ini.
"Kedua-dua suspek ditahan di sekitar lokasi kejadian dan hasil pemeriksaan awal, polis mendapati suspek yang berusia 47 itu mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes samun," katanya.
Beliau berkata, kedua-dua suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut dan polis masih mengesan dua lagi rakan mereka yang turut terlibat dalam kes yang sama.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, katanya.
- BERNAMA
Kes bunuh Sosilawati: Dibaring sebelum tengkuk ditikam
2012/10/26 - 05:54:51 AM Oleh Norhashimah Mohd Radzali
Shah Alam: Jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dibaringkan sebelum tengkuknya ditikam tertuduh kedua, T Thilaiyalagan dengan disaksikan peguam yang juga tertuduh pertama, N Pathmanabhan.
Mahkamah Tinggi di sini, semalam diberitahu, Pathmanabhan juga mengarahkan Thilaiyalagan membunuh Sosilawati di hadapannya kerana dia mahu menyaksikannya sendiri, selain turut arahkan pembunuhan tiga lelaki yang datang bersamanya. Sosilawati menjerit kuat meminta tolong, manakala tiga lelaki itu juga dibunuh menggunakan cara sama iaitu menelentangkan mereka, menutup muka dengan tuala dan menikam tengkuk mereka.
Selepas membunuh semua mangsa, Thilaiyalagan mengarahkan tertuduh ketiga, R Matan dan saksi pendakwa, K Sarawanan, mengambil minyak diesel dari rumah ladang.
Mereka kemudian mengangkat mayat semua mangsa dan meletakkannya di atas kayu yang sudah disusun serta meletakkan kayu di atas mayat, manakala zink digunakan untuk melapik mangsa ketika pembakaran.
Thilaiyalagan dan Matan mencurahkan minyak ke atas mangsa dan bersama Saravanan, mereka membakar mayat semua mangsa. Pada 31 Ogos 2010, Thilaiyalagan bersama Matan memungut abu mayat dan dimasukkan ke dalam tong sebelum dibuang ke laut.
Perbuatan itu disaksikan seorang lagi saksi pendakwa, U Suresh. Apabila dia menyoal mengenainya, Thilaiyalagan menjawab ia abu mayat mangsa.
Demikian antara persoalan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff dalam soal balas terhadap Thilaiyalagan.
Bagaimanapun, Thilaiyalagan menafikannya dan tidak setuju dengan Ishak.
Thilaiyalagan tidak setuju Pathmanabhan berada di tempat kejadian di Ladang Gadong ketika pembunuhan itu dikatakan berlaku antara jam 8.30 dan 9.30 malam, 30 Ogos 2010.
Ishak: Setuju Pathmanabhan tiada di ladang kerana dia sudah meninggalkan ladang itu?
Thilaiyalagan: Pada hari itu Pathmanabhan tidak datang ke ladang.
Ishak: Pada sebelah malam 30 Ogos 2010, Pathmanabhan berada di Subang Jaya?
Thilaiyalagan: Saya tidak tahu di mana dia berada.
Thilaiyalagan turut menafikan dia bersama Pathmanabhan, Matan dan K Kathavarayan atau dikenali sebagai Ravi, merancang membunuh semua mangsa sejak 29 Oktober 2010.
Disoal Ishak, Thilaiyalagan mengakui ada duduk bersama dengan Pathmanabhan, Matan dan Ravi sepanjang perbicaraan kes itu berjalan, namun dia menafikan pernah berbincang keterangan pembelaannya bersama tiga lagi tertuduh itu.
Sarawanan, 20, yang juga pekerja bengkel dan Suresh, 27, pekerja ladang, kini menjalani hukuman penjara 20 tahun di Penjara Sungai Udang, Melaka, selepas mengaku salah di Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting, atas tuduhan melupuskan bukti dengan membakar mayat dan membuang abu mayat semua mangsa.
Pathmanabhan, 42, bersama pekerja ladangnya, Thilaiyalagan, 20; Matan, 21 dan Kathavarayan, 31, dituduh membunuh Sosilawati, 47; pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 44; peguam, Ahmad Kamil Abd Karim, 32 dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad, 38.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir bersambung 6 November ini.
Kecederaan tengkuk punca kematian pelajar 14 tahun
2012/10/26 - 05:52:14 AM
Alor Gajah: Kematian seorang pelajar Tingkatan Dua di Stesen Bas Pulau Sebang, dekat sini, petang kelmarin, disahkan akibat cedera pada tengkuk kesan dipukul senjata tumpul.
Punca itu dikenal pasti hasil bedah siasat ke atas mayat pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Pulau Sebang (SMJKPS), di sini, K Saravannan, 14, di Hospital Melaka, semalam. Mangsa disahkan mati jam 3.20 petang ketika dalam perjalanan ke Hospital Tampin selepas pengsan dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu. Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superintendan Abd Rahman Jid, ketika ditemui di luar bilik mayat Hospital Melaka semalam, berkata hasil bedah siasat tidak menemui sebarang kecederaan lain kecuali kesan lebam dan kecederaan pada tengkuk pelajar itu.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Kasim Mohamad, berkata Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Alor Gajah sedang menjalankan siasatan bersama SMJKPS dan Sekolah Menengah Kebangsaan Mansur Shah (SMKMS), tetapi menyerahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Semalam, BH melaporkan Saravannan mati selepas dipercayai dipukul dua pelajar SMKMS yang terletak bersebelahan SMJKPS, namun dalam daerah Tampin, Negeri Sembilan. Dia ditemui tidak sedarkan diri di tingkat atas stesen bas berkenaan dalam keadaan terbaring.
Polis kemudian menahan dua suspek yang kini direman dua minggu bagi membantu siasatan.
Dalam perkembangan berkaitan, bapa saudara mangsa, N Raman, 60, kecewa dengan sikap tidak peduli orang ramai yang menyaksikan kejadian itu terutama beberapa rakan Saravanan yang sepatutnya bertindak membantu mangsa dan meleraikan kekecohan berkenaan.
Empat ditahan di Stadium Shah Alam
2012/10/22 - 07:20:06 AM
Shah Alam: Polis menahan empat lelaki atas pelbagai kesalahan ketika perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Shah Alam di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob, berkata masing-masing seorang ditahan kerana cuba membawa dadah masuk ke dalam stadium dan menyalakan suar, manakala dua kerana membaling botol ke arah penonton. Semua suspek berumur 25 hingga 35 tahun, dengan tiga daripada mereka ditahan ketika perlawanan berlangsung.
Seorang lagi lelaki ditahan di pintu masuk stadium atas kesalahan narkotik kerana cuba membawa syabu ke dalam stadium yang disorok dalam poket baju. Ujian air kencing suspek juga positif dadah, katanya.
Zahedi berkata, bagi kesalahan membakar suar dalam stadium, polis menahan lelaki itu kerana ingkar arahan supaya tidak membawa barangan letupan ke dalam stadium.
Tindakan sedemikian bukan saja membahayakan diri sendiri, malah membahayakan penonton lain, katanya.
Semua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.
6,000 kes pemaju tipu pembeli
2012/10/22 - 07:19:22 AM Oleh Sophia Ahmad
Puchong: Lebih 6,000 kes penipuan oleh pemaju perumahan dikesan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur yang turut didakwa membabitkan bank utama di negara ini.
Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, berkata semua kes itu membabitkan pemaju tidak berlesen dengan pembeli yang terjebak hanya menyedari tertipu apabila mendapati tiada sebarang projek di lokasi dinyatakan, tetapi pada masa sama perlu membayar pinjaman kepada bank. Ada di antara mangsa diminta menjelaskan keseluruhan bayaran. Apabila tidak mampu berbuat demikian, mereka diisytiharkan muflis oleh bank. Kita mengesyaki ada di antara kakitangan bank bersubahat dengan pemaju itu menipu pembeli.
Agak mustahil untuk mana-mana pembeli menjelaskan keseluruhan jumlah harga rumah. Ini yang berlaku kepada beberapa pengadu dan apabila mereka gagal membayar, bank mengeluarkan notis muflis kepada mereka, katanya pada sidang media di sini semalam yang turut dihadiri lebih 300 pengadu kes berkenaan.
Sambil menyifatkan perkembangan itu sebagai zalim dan tidak boleh diterima akal, beliau berkata, kajian PPIM mendapati 40 peratus pengguna dari setiap 500 kes yang diterima, diisytiharkan muflis kerana gagal menjelaskan saman dikenakan bank.
Apa yang dikesali, kebanyakan bank terbabit mengamalkan sistem perbankan Islam. Cuba jelaskan bagaimana perbankan Islam boleh jadi sekejam ini, katanya sambil menambah PPIM membuat laporan polis berhubung kes itu dan akan mengumpul bukti untuk diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Lelaki ditangkap polis bukan kerabat Kedah
Georgetown: Siasatan mendapati pengerusi pertubuhan amal Islam yang ditahan polis minggu lalu tidak mempunyai hubungan dengan kerabat diraja Kedah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Asisten Komisioner Roslee Chik, berkata polis sudah mendapatkan pengesahan Istana Kedah untuk membuktikan kesahihan dakwaan lelaki terbabit. Kita sudah menjalankan siasatan lanjut dan baru saja pulang dari Alor Setar, kelmarin. Selepas pemeriksaan mendapati lelaki terbabit langsung tidak mempunyai kaitan dengan kerabat diraja Kedah.
Selepas semua siasatan dilakukan kita dapati lelaki berkenaan hanya orang biasa dan menyamar sebagai kerabat diraja, katanya kepada pemberita selepas selesai menunaikan solat sunat Aidiladha di pekarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini, semalam.
Roslee berkata, siasatan lanjut bagaimanapun masih dijalankan dan setakat ini sudah 90 peratus selesai dan pihaknya akan merujuk kes terbabit kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.
Selasa lalu, polis menahan 13 individu pada majlis pelantikan ahli jawatankuasa sebuah pertubuhan amal Islam di sebuah hotel, di sini, dalam serbuan kira-kira jam 4 petang.
Penanahan berkenaan dilakukan berikutan ada orang awam yang curiga dengan identiti penganjur majlis berusia lingkungan 40-an yang mengaku sebagai kerabat diraja.
Selain itu, majlis terbabit dilihat pelik kerana ia sebuah pertubuhan amal Islam namun penganjur turut mengadakan pertemuan dengan kaum lain termasuk pemilik kelab malam.
Berikutan itu, polis menyerbu majlis yang dihadiri 200 tetamu itu dengan 13 lelaki dibawa ke balai polis sebelum 11 daripada mereka direman bagi membantu siasatan.
Siasatan mendapati kereta mewah jenis BMW bernilai hampir RM700,000 dan nombor pendaftaran kereta mempunyai lambang Persatuan Kerabat diraja Kedah dengan tertera perkataan pengerusi sebuah pertubuhan amal Islam tersebut sebenarnya milik seorang lelaki Cina.
Lampu landasan KKIA gagal berfungsi
2012/10/27 - 07:35:17 AM Oleh Mohd Azrone Sarabatin dan Willie Jude Junaidi
Kota Kinabalu: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) diminta memberi penjelasan berhubung kegagalan lampu landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) berfungsi, kelmarin.
Sambil melahirkan rasa kecewa dan memandang serius kejadian itu, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Masidi Manjun, berkata MAHB akan diminta memberi penjelasan dalam mesyuarat Kabinet Sabah. Tegasnya, kejadian itu menjejaskan reputasi KKIA sebagai lapangan terbang kedua tersibuk di Malaysia selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), apatah lagi kos menaik tarafnya membabitkan perbelanjaan lebih RM1 bilion termasuk landasan dan terminal.
Insiden ini boleh berlaku di mana-mana lapangan terbang tetapi apa yang mengecewakan adalah MAHB tidak mempunyai pelan alternatif bagi menangani masalah itu sehingga menyebabkan ada penumpang ingin pulang menyambut Aidiladha terkandas di lapangan terbang.
Saya harap mereka dapat membuktikan kemampuan menanganinya kerana ia juga boleh menjejaskan industri pelancongan. Tetapi saya memuji sikap kakitangan MAHB KKIA yang bertungkus lumus cuba memperbaikinya walaupun berdepan pelbagai kekurangan teknikal, katanya ketika dihubungi, semalam.
Kegagalan lampu landasan berfungsi berlaku kira-kira jam 6 petang yang mengakibatkan kira-kira 5,000 penumpang terkandas, manakala penerbangan dari Brunei, Singapura dan Kuala Lumpur yang sepatutnya mendarat di KKIA, terpaksa melencong dan mendarat di Lapangan Terbang Labuan.
Keseluruhan 40 penerbangan terjejas berikutan masalah itu iaitu penerbangan yang sepatutnya berlepas di KKIA, dari lapangan terbang lain serta penerbangan yang dilencongkan.
Landasan KKIA dibuka semula jam 9.30 malam tadi selepas sebahagian besar lampu yang gagal berfungsi, diperbaiki dan digantikan dengan lampu kecemasan.
Difahamkan, masalah itu berpunca daripada pendawaian berikutan kerja-kerja pembinaan dijalankan di KKIA dan ia adalah kejadian kedua tahun ini selepas April lalu.
Sementara itu, Pengarah Urusan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Abd Razak Salim, berkata siasatan mendapati bekalan elektrik dibekalkan ke KKIA ketika kejadian adalah stabil.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Komersial MASwings, Shauqi Ahmad, berkata sebanyak 11 penerbangan syarikat itu dibatalkan iaitu empat yang sepatutnya berlepas, manakala tujuh lagi yang dijadualkan mendarat di KKIA.
Warga emas, menantu cedera ditetak penyamun
SUNGAI PETANI 26 Okt. - Dua beranak terpaksa menyambut Hari Raya Aidiladha hari ini di hospital apabila cedera ditetak dua penyamun dengan parang yang memecah masuk rumah mereka di Kampung Simpang Empat Sedaka, Yan dekat sini awal pagi semalam.
Dalam kejadian pukul 5.20 pagi itu, Azizan Hanafi, 64, mengalami lima kesan luka di kepala dan belakang badan serta terpaksa menerima hampir 50 jahitan.
Menantunya, Mohd. Fakhzan Nasir, 34, yang merupakan Pegawai Perpaduan Kuala Muda/Yan pula menerima dua jahitan di kepala dan cedera di tapak tangan kanan akibat diserang dua suspek itu yang masing-masing bersenjatakan parang.
Berikutan itu, kedua-dua mangsa menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini.
Menceritakan detik cemas berkenaan, Azizan berkata, kedua-dua suspek tersebut dipercayai mengambil peluang memasuki rumah mereka semasa Mohd. Fakhzan membuka pintu belakang untuk mengambil wuduk di bilik air di luar rumah.
Bagaimanapun, katanya, kelibat dua suspek bertopeng muka itu disedari oleh isterinya, Mah Sulaiman, 62, lalu terus menjerit kerana terkejut.
"Mendengar jeritan itu, saya meluru keluar dari bilik lalu berlaku pergelutan dengan salah seorang suspek. Mohd. Fakhzan cuba datang membantu namun dia juga cedera akibat ditetak oleh rakan suspek itu," katanya ketika ditemui di HSAH hari ini.
Menurut Azizan, kedua-dua suspek berkenaan kemudian melarikan diri bersama sebuah kereta Perodua Myvi miliknya, seutas rantai emas dan duit raya sebanyak RM200 yang ingin diberikan kepada kanak-kanak sempena sambutan Hari Raya Aidiladha hari ini.
Difahamkan, perompak berkenaan datang ke rumah mereka dengan menaiki dua buah basikal.
Tambah Azizan, empat lagi ahli keluarganya iaitu anaknya, Shaukiah Hanim yang hamil enam bulan dan dua cucunya tidak dicederakan dalam kejadian itu yang pertama kali dialaminya sejak menetap di rumah berkenaan sejak 40 tahun lalu.
"Inilah juga kali pertama keluarga saya terpaksa menyambut hari raya di hospital," katanya.
Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Supritendan Ismail Abu ketika dihubungi memberitahu, pihaknya kini memburu kedua-dua suspek itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 dan 397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata.
Lima lagi ditahan bantu siasatan kes kecurian telefon pintar
KUALA LUMPUR 26 Okt. - Polis menahan lima lagi individu bagi membantu siasatan kes 1,407 unit telefon pintar bernilai lebih RM3.23 juta milik syarikat pengeluar telefon jenama terkenal yang dilaporkan hilang dari sebuah gudang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang baru-baru ini.
Tangkapan terbaharu itu menjadikan jumlah suspek ditahan bagi membantu siasatan kes tersebut bertambah kepada 12 orang setakat ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor, Asisten Komisioner Chong Mun Phing ketika dihubungi hari ini, mengesahkan lima tangkapan terbaharu itu tetapi enggan mengulas lanjut.
"Selepas memberkas tujuh individu semalam, polis kemudian menahan lima orang lagi bagi membantu siasatan kes tersebut," katanya.
Utusan Malaysia semalam melaporkan kehilangan 1,407 unit telefon pintar keluaran terbaharu sebuah syarikat telefon antarabangsa yang disimpan di sebuah gudang di KLIA pada minggu lalu.
Gajet yang dijual lebih RM2,000 seunit itu dipercayai hilang setelah dua atau tiga hari disimpan di gudang penyimpanan berkenaan.
Kehilangan gajet tersebut hanya disedari apabila syarikat pengedarnya di negara ini mahu mengambilnya dari gudang itu.
Hasil siasatan, polis menemukan semula 44 unit gajet yang dicuri manakala 80 unit lagi disahkan sudah dijual.
Sementara itu, Utusan Malaysia difahamkan, selain dua kakitangan syarikat pengangkutan kargo, antara 12 orang yang ditahan itu ialah tiga mengedar telefon bimbit bagi membantu siasatan kes tersebut.
Dalam kes tersebut, penjenayah dipercayai sudah membuat perancangan rapi bagi membolehkan mereka melarikan telefon pintar itu tanpa dikesan termasuk menggunakan nama samaran.
Polis kini sedang mengumpul maklumat daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian bagi membantu siasatan kes tersebut.
Tujuh suspek terawal yang ditahan pula akan tamat tempoh tahanan reman pada Ahad ini.

No comments:
Post a Comment